Friday 19 October 2012

~sejarah AUTOCAD~



TAHUN
MAKLUMAT
1950-an
Rekabentuk berbantu komputer  hanya satu imaginasi masyarakat sahaja pada masa itu.
1956
Majalah Fortune telah menghasilkan satu grafik berbantukan computer beserta dengan peranti input dengan peranti input dan paparan tetingkap yang menunjukkan gambaran objek 3-dimensi (3D).
1957
Massachusetts Institute of Technology (MIT) telah menghasilkan komputer grafik yang menggunakan tiub vakum buat kali pertama yang dikenali sebagai Whirlwind.
1961
Ivan Sutherland seorang rakyat Amerika telah menghasilkan satu program lakaran melalui tesis kedoktorannya dan dikenali sebagai Sketchpad.
1963
Steven Coons telah membentangkan kertas kerja yang membayangkan fungsi sistem CAD masa depan yang lebih maju dan mudah kepada pengguna.

Jabatan arkitek MIT telah membangunkan semula Sketchpad versi 3D. Versi ini telah membolehkan para jurutera menggambarkan sesuatu rekaan seakan-akan objek dihadapan mata.
1966
International Business Machine (IBM) memperkenalkan DAC-1 (Design Augmented by Computer) untuk kegunaan syarikat General Motors dalam kerja-kerja rekabentuk kereta.
1968
Cityscape sebuah perisian animasi grafik arkitek telah dihasilkan buat pertama kalinya, namun kurang mendapat sambutan.
1969
Di penghujung 1960-an, apabila komputer telah memasuki generasi ke-3, maka syarikat ComputerVision Corporation telah mengeluarkan sistem CAD kegunaan umum yang pertama (1969) dengan penggunaan komponen-komponen yang lebih efisyen. Justeru, ianya telah membolehkan bidang senibina menggunakan CAD secara meluas.
1970-an
sistem CAD generasi ke-2 seperti CEDAR, HARNESS, OXSYS, CARBS, SSHA dan lain-lain telah mula dibangunkan oleh beberapa negara maju. Umpamanya, Amerika Syarikat telah mengetuai satu kajian berkaitan CAAD (Computer aided architectural design) yang khusus bagi memperluaskan penggunaan CAD dalam bidang senibina pada tahun 1971.
1980-an
Beberapa syarikat seperti Sun Microsystem, Apollo, dan Tektronix, memasarkan workstations 32 bit untuk grafik berkomputer dan rekabentuk berbantu komputer. Pada pertengahan 1980-an, sistem komputer grafik generasi ke-4 telah menjadi kenyataan. Perisian CAD telah diperkenalkan khusus bagi komputer peribadi 16 bit. Pada peringkat ini penggunaan CAD mula meluas ke sekolah-sekolah. Pada akhir 1980-an perisian pemodelan dan rendering untuk 3D telah dibangunkan dan dimasukkan ke dalam komputer peribadi. Teknik pemodelan dan rendering ini merupakan proses penghasilan objek 3D secara realistik.

No comments:

Post a Comment