Saturday 20 October 2012

~FUNGSI ASAS MUDAH~



1.       LIMITS
*       Limits digunakan untuk menetapkan dan mengawal sempadan lukisan serta paparan grid.
*       Limits sesuatu lukisan adalah merupakan titik-titik dua dimensi dalam Sistem Koordinat Bumi (World Coordinate System) yang menunjukkan kedudukan titik terendah sebelah kiri (lower-left limit) dan titik atas sebelah kanan (upper-right limit).
*       Apabila arahan ini diaktifkan, limit lukisan menghadkan koordinat-koordinat yang boleh dimasukkan di dalam kawasan segiempat kawasan lukisan.
*       Limits lukisan juga menggambarkan kawasan lukisan dengan bantuan paparan titik-titik grid.
*       Caranya ialah :
             Command : limits (enter)
             Specify lower left corner : -20,-20 (enter)
             Specify upper right corner : 200,200 (enter)

2.       GRID
*       GRID merupakan titik-titik kecil di atas editor lukisan yang bertindak sebagai titik rujukan terhadap sebarang nilai anjakan yang telah ditetapkan.
*       Secara asalan, jarak antara titik-titik grid adalah 10.
*       Nilai ini boleh ditukar-tukar bergantung kepada keperluan ketika melukis sesuatu objek.
*       Caranya :
Command : grid (enter)
Specify grid spacing(X) or [ON/OFF/Snap/Major/aDaptive/Limits/Follow/Aspect]
<10.0000>: 10  (enter)


3.       SNAP
*       SNAP ialah satu fungsi yang membenarkan kursor hanya bergerak pada titik-titik grid sahaja.
*       Ia juga akan menentukan ketepatan ukuran yang akan terhasil.
*       Caranya :
Command : snap (enter)
Specify snap spacing or [ON/OFF/Aspect/Style/Type] <10.0000>: 10 (enter)

4.       ZOOM
*       Adalah fungsi paparan sepertimana sesebuah kamera.
*       Perlu menggunakan fungsi ini untuk memeastikan objek yang dilukis kelihatan di skrin komputer semaksima yang mungkin.
*       Caranya :
Command : zoom  (Z) (enter)
Command : all

5.       ORTHO
*       Fungsi ortho hanya perlu diaktifkan apabila seseorang ingin melukis garisan menegak atau mendatar sahaja.

No comments:

Post a Comment