Saturday 20 October 2012

~ARAHAN ASAS MELUKIS~


LINE (L)
*      Arahan ini digunakan untuk membina garisan lurus samada satu segmen atau siri segmen bersambungan.
*      Terdapat 3 cara untuk membina garisan iaitu
-          Absolute Coordinate
-          Relative Coordinate
-          Polar Coordinate

1.       Absolute Coordinate
·         Menggunakan koordinat (x,y)
·         Contoh :
                                                                                                                                           

Command : L (line)
Command : 20 , 10
Command : 80 , 10
Command : 80 , 50
Command : 20 , 50
Command : 20 , 10   @  end





2.       Polar  Coordinate
·         Menggunakan arahan berbentuk ini  @..jarak..<..sudut…
·         Jarak menunjukkan panjang atau lebar sesuatu garisan.
·         Sudut merupakan arah bagi garisan tersebut. Contohnya untuk melukis garisan lurus ke atas mestilah menggunakan sudut 90° manakala arah kebawah 270°.



·         Contoh membina bentuk segi empat :
                                                              

Command : L (line)
Command : Tekan mana-mana titik pertama pada mana-mana grid
Command : @80<0
Command : @50<90
Command : @80<180
Command : @50<270





3.       Relative Coordinate
·         Menggunakan arahan berbentuk @x, y
·         Arahan ini juga menggunakan symbol  +ve dan  -ve untuk menunjukan arah garisan yang hendak dibuat.
                                              
·         Contoh :
                                                                   
Command : L (line)
Command : @90,0
Command : @0,70
Command : @-90,0
Command : @0,-70

~FUNGSI ASAS MUDAH~



1.       LIMITS
*       Limits digunakan untuk menetapkan dan mengawal sempadan lukisan serta paparan grid.
*       Limits sesuatu lukisan adalah merupakan titik-titik dua dimensi dalam Sistem Koordinat Bumi (World Coordinate System) yang menunjukkan kedudukan titik terendah sebelah kiri (lower-left limit) dan titik atas sebelah kanan (upper-right limit).
*       Apabila arahan ini diaktifkan, limit lukisan menghadkan koordinat-koordinat yang boleh dimasukkan di dalam kawasan segiempat kawasan lukisan.
*       Limits lukisan juga menggambarkan kawasan lukisan dengan bantuan paparan titik-titik grid.
*       Caranya ialah :
             Command : limits (enter)
             Specify lower left corner : -20,-20 (enter)
             Specify upper right corner : 200,200 (enter)

2.       GRID
*       GRID merupakan titik-titik kecil di atas editor lukisan yang bertindak sebagai titik rujukan terhadap sebarang nilai anjakan yang telah ditetapkan.
*       Secara asalan, jarak antara titik-titik grid adalah 10.
*       Nilai ini boleh ditukar-tukar bergantung kepada keperluan ketika melukis sesuatu objek.
*       Caranya :
Command : grid (enter)
Specify grid spacing(X) or [ON/OFF/Snap/Major/aDaptive/Limits/Follow/Aspect]
<10.0000>: 10  (enter)


3.       SNAP
*       SNAP ialah satu fungsi yang membenarkan kursor hanya bergerak pada titik-titik grid sahaja.
*       Ia juga akan menentukan ketepatan ukuran yang akan terhasil.
*       Caranya :
Command : snap (enter)
Specify snap spacing or [ON/OFF/Aspect/Style/Type] <10.0000>: 10 (enter)

4.       ZOOM
*       Adalah fungsi paparan sepertimana sesebuah kamera.
*       Perlu menggunakan fungsi ini untuk memeastikan objek yang dilukis kelihatan di skrin komputer semaksima yang mungkin.
*       Caranya :
Command : zoom  (Z) (enter)
Command : all

5.       ORTHO
*       Fungsi ortho hanya perlu diaktifkan apabila seseorang ingin melukis garisan menegak atau mendatar sahaja.