Wednesday 26 September 2012

~ASAS AUTOCAD~

Maklumat asas AutoCAD

*     Asas utama dalam melukis adalah mengikut titik-titik koordinat dan paksi X,Y dan Z.

*    Dalam lukisan 2D, paksi utama yang digunakan ialah paksi X dan paksi Y manakala lukisan 3D atau solid akan menggunakan ketiga-tiga paksi X, Y dan Z. Paparan AutoCAD akan menunjukkan arah paksi-paksi tersebut.

* Adalah sangat jelas dalam AutoCAD, setiap arahan lukisan yang diberikan mestilah berpandukan kepada arah paksi-paksi tersebut.

*     Sepertimana di dalam sistem koordinat cartisen matematik, bermula dengan titik origin/asalan (0,0) , maka arahan ke kanan paksi X adalah positif manakala arahan ke kiri paksi X pula negatif. Begitu juga bagi paksi Y dan paksi Z.

 3 jenis sistem koordinat yang digunakan dalam AutoCAD.

1.    Koordinat Mutlak (Absolute coordinate)
AutoCAD telah menyediakan ruang lukisan (default setting) bersaiz A3 iaitu 420mm X 290mm. Ia boleh diubah mengikut kehendak pengguna dengan menggunakan arahan 'limits'.
Kerja yang dilakukan dengan menggunakan sistem koordinat mutlak akan merujuk kepada titik asalan (0,0). Semua arahan jarak dimasukkan secara paksi (X,Y). 
2.    Koordinat Bandingan ( Relatif Coordinate )
Merujuk kepada jarak titik akhir dimasukkan mengikut paksi dan paksi y. Arahan akan diberikan mengikut jarak paksi. Tanda @ akan dibuat sebagai arahan bermula dari titik awal yang diberi.

3.    Koordinat Kutub Bandingan ( Relative Polar Coordinate )
Koordinat kutub bandingan merujuk kepada jarak dan sudut titik terakhir. Penggunaan Polar merupakan suatu aplikasi yang baru diperkenalkan dalam AutoCAD bagi kemudahan pengguna membuat lukisan ringkas dengan cepat. Polar akan sentiasa dapat menunjukkan laluan secara otomatik dan pengguna hanya perlu memasukkan jarak sahaja.

No comments:

Post a Comment