SAIZ
|
TINGGI
X LEBAR (mm)
|
4AO
2AO
AO
A1
A2
A3
A4
A5
A6
A7
A8
A9
A10
|
2378 x 1682 mm
1682 x 1189 mm
1189 x 841 mm
841 x 594 mm
594 x 420 mm
420 x 297 mm
297 x 210 mm
210 x 148 mm
148 x 105 mm
105 x 74 mm
74 x 52 mm
52 x 37 mm
37 x 26 mm
|
..::Selamat Datang::.. Kami pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Binaan Bangunan) UTM akan memberikan tips-tips mudah kepada anda untuk membina lukisan menggunakan Autocad
Thursday, 27 September 2012
~SAIZ-SAIZ KERTAS LUKISAN~
Wednesday, 26 September 2012
~ASAS AUTOCAD~
Maklumat asas AutoCAD
Asas utama dalam melukis adalah
mengikut titik-titik koordinat dan paksi X,Y dan Z.
Dalam lukisan 2D, paksi utama yang
digunakan ialah paksi X dan paksi Y manakala lukisan 3D atau solid akan
menggunakan ketiga-tiga paksi X, Y dan Z. Paparan AutoCAD akan menunjukkan arah
paksi-paksi tersebut.
Adalah sangat jelas dalam AutoCAD,
setiap arahan lukisan yang diberikan mestilah berpandukan kepada arah
paksi-paksi tersebut.
Sepertimana di dalam sistem
koordinat cartisen matematik, bermula dengan titik origin/asalan (0,0) , maka
arahan ke kanan paksi X adalah positif manakala arahan ke kiri paksi X pula
negatif. Begitu juga bagi paksi Y dan paksi Z.
3 jenis sistem koordinat yang digunakan dalam
AutoCAD.
1. Koordinat Mutlak (Absolute
coordinate)
AutoCAD
telah menyediakan ruang lukisan (default setting) bersaiz A3 iaitu 420mm X 290mm.
Ia boleh diubah mengikut kehendak pengguna dengan menggunakan arahan 'limits'.
Kerja
yang dilakukan dengan menggunakan sistem koordinat mutlak akan merujuk kepada
titik asalan (0,0). Semua arahan jarak dimasukkan secara paksi (X,Y).
2.
Koordinat Bandingan ( Relatif Coordinate )
Merujuk kepada jarak titik akhir
dimasukkan mengikut paksi x dan paksi y.
Arahan akan diberikan mengikut jarak paksi. Tanda @ akan dibuat sebagai arahan
bermula dari titik awal yang diberi.
3.
Koordinat Kutub Bandingan ( Relative
Polar Coordinate )
Koordinat kutub bandingan merujuk
kepada jarak dan sudut titik terakhir. Penggunaan Polar merupakan
suatu aplikasi yang baru diperkenalkan dalam AutoCAD bagi kemudahan pengguna
membuat lukisan ringkas dengan cepat. Polar akan sentiasa
dapat menunjukkan laluan secara otomatik dan pengguna hanya perlu memasukkan
jarak sahaja.
Tuesday, 25 September 2012
~PENGENALAN AUTOCAD~
Kegunaan
- merekabentuk serta melakar dengan berbantukan komputer dalam pembentukan model
serta lakaran dua dan tiga dimensi atau lebih dikenali sebagai “Computer-aided
drafting and design program” (CAD).
Perisian
ini boleh digunakan dalam semua bidang kerja terutama sekali dalam
bidang-bidang yang memerlukan kepakaran seperti bidang kejuruteraan Mekanikal,
Awam, Senibina, Rekabentuk Grafik, dan semua bidang yang berkaitan dengan
penggunaan CAD.
Dengan bantuan sistem ini
dapat menghasilkan sesuatu kerja pada tahap kecekapan dan yang tinggi ketepatan
di samping menjimatkan masa dengan hanya perlu memberi beberapa arahan yang
mudah.
CAD
>>> Computer-aided drafting and design.
>>> Perisian bagi kegunaan khusus dalam melukis dan membina sesebuah lukisan kejuruteraan.
>>> Sebuah sistem kegunaan umum yang berupaya disesuaikan untuk beberapa aplikasi komputer yang lain.
>>> Kegunaan khas dalam disiplin kejuruteraan mekanikal, elektrikal, awam, senibina, lakaran, rekabentuk grafik dan sebagainya.
>>> Merupakan alat lukisan yang sangat efisyen kerana dapat menyediakan sesuatu lukisan dan berupaya menyediakan model sesuatu objek untuk diuji secara virtual sama ada dari aspek rupa bentuk mahupun aspek kefungsian teknikalnya.
CAD
>>> Computer-aided drafting and design.
>>> Perisian bagi kegunaan khusus dalam melukis dan membina sesebuah lukisan kejuruteraan.
>>> Sebuah sistem kegunaan umum yang berupaya disesuaikan untuk beberapa aplikasi komputer yang lain.
>>> Kegunaan khas dalam disiplin kejuruteraan mekanikal, elektrikal, awam, senibina, lakaran, rekabentuk grafik dan sebagainya.
>>> Merupakan alat lukisan yang sangat efisyen kerana dapat menyediakan sesuatu lukisan dan berupaya menyediakan model sesuatu objek untuk diuji secara virtual sama ada dari aspek rupa bentuk mahupun aspek kefungsian teknikalnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)