Maklumat asas AutoCAD




3 jenis sistem koordinat yang digunakan dalam
AutoCAD.
1. Koordinat Mutlak (Absolute
coordinate)
AutoCAD
telah menyediakan ruang lukisan (default setting) bersaiz A3 iaitu 420mm X 290mm.
Ia boleh diubah mengikut kehendak pengguna dengan menggunakan arahan 'limits'.
Kerja
yang dilakukan dengan menggunakan sistem koordinat mutlak akan merujuk kepada
titik asalan (0,0). Semua arahan jarak dimasukkan secara paksi (X,Y).
2.
Koordinat Bandingan ( Relatif Coordinate )
Merujuk kepada jarak titik akhir
dimasukkan mengikut paksi x dan paksi y.
Arahan akan diberikan mengikut jarak paksi. Tanda @ akan dibuat sebagai arahan
bermula dari titik awal yang diberi.
3.
Koordinat Kutub Bandingan ( Relative
Polar Coordinate )
Koordinat kutub bandingan merujuk
kepada jarak dan sudut titik terakhir. Penggunaan Polar merupakan
suatu aplikasi yang baru diperkenalkan dalam AutoCAD bagi kemudahan pengguna
membuat lukisan ringkas dengan cepat. Polar akan sentiasa
dapat menunjukkan laluan secara otomatik dan pengguna hanya perlu memasukkan
jarak sahaja.
No comments:
Post a Comment